Salah ke aku??
Jumaat, 18 November 2011 | Jumaat, November 18, 2011 | 0 comments
assalamualaikum kepada pembaca blog sekalian.Pada tengahari yang gerimis ini.Hatiku tersangat lah luka.Hari ini aku asyik dimarahi sahaja.Mula-mula mrs k, dah tu miss M.Dah tu tak pasal-pasal miss a pun marah aku.Si Miss A ini marah aku sebab aku tak jadi pergi cc singkatan kepada cyber cafe,muka macam tak suka aku je.GERAMNYA..Kalau Mrs K nie pulak marahkan aku sebab dia tak nak pergi Sedenak ikut Mr S.Dah tu dari tadi malam asyik marahkan aku je.Itu tak kena nie tak kena.Kalau cakap itu pun susah ke cakap je lah tak nak pergi habis kisah.Balik dari sekolah je aku kene marah Mrs K ingat saya nie tempat melepaskan marah ke??.Orang pun tahu marah dah lah stress nak periksa MUET.Ada ke aku tidur masa pukul 10.30 pagi tu dimarah-marah aku.Mrs K saya nie nak tidur sekejap.Tapi yang tak boleh diterima Mrs K cakap buat apa tidur siang-siang,macam mana tak sengal tidur siang je.Macam tu lah dia cakap.Ingat apa ha aku nie.Aku ada perasaan juga.Dah lah nak periksa besok Mrs K boleh cakap sengal.Saya nie cuma nak tidur kejap hilangkan pening kepala.Mrs K tidur saya tak pernah pun bising sikit-sikit nak marah je.Saya sedih sangat.
Lepas tu miss M.Miss M nie pulak marah aku sebab aku ambik laptop nie untuk buat kerja sekolah.Salah ke aku nak buat kerja sekolah supaya tak tertangguh lah aku buat itu pun dah muncung sedepa.Aku tahu lah kau tu dah lepas PMR dah tak payah buat kerja sekolah.Aku nie kene buat tau.Kesian lah aku sikit.Apapun Miss A,Mrs K,Miss M kau kalau nak marah aku.Marah lah.Aku peduli apa.Aku nie layak dimarah.aku nie dah lah buruk tak lawa memang layak dimarah.Kan muka aku nie macam sampah lain lah Miss M.Miss M lawa ramai orang suka.Kalau macam aku nie bosan orang nak tengok loya pulak tu kan.Kepada Mrs K bela lah Miss M tu banyak-banyak kasik lemak sikit.Kasik dia lawa mengatsi Miss World.Kan Mrs K bangga ada anak macam Miss M dah lawa,pandai pulak tu.Lain macam aku dah lah bodoh tak lawa pulak tu.Kan..kan..kan.